Bila anda harus dan tidak harus menggunakan tandatangan Wikipedia:Tandatangan

Apa sahaja komen yang dilakukan pada laman perbincangan pengguna, perbincangan rencana, atau mana-mana laman perbincangan lain seharusnya ditandatangani. Suntingan bagi rencana-rencana tidak seharusnya ditandatangani, kerana tandatangan di Wikipedia bukannya untuk menunjukkan hak pemilikan atau penulisan pada rencana-rencana Wikipedia. Sebaliknya, sejarah suntingan digunakan untuk mengenal pasti suntingan oleh para pengguna masing-masing. Justeru, tandatangan tidak seharusnya juga digunakan dalam ringkasan suntingan kerana kegagalannya diterjemah daripada ~~~~. Dalam keadaan lain di mana mesej-mesej tidak seharusnya ditandatangani, arahan-arahan tertentu akan dibekalkan kepada para penyumbang.